(Ralat) Safuwan Baharudin: Saya Tiada Kaitan Dengan JDT
Dunia
FB MFL
Advertisements

Kami memohon maaf kerana artikel ini tidak tepat dan ia merupakan berita lama.

Pemain kelahiran Singapura, Safuwan Baharudin menafikan khabar angin yang menyatakan bahawa beliau akan menyertai pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pemain tengah Selangor itu menegaskan beliau dengan JDT tiada apa apa kaitan walau sedikit pun. Beliau mahu menjelaskan perkara ini untuk mengelakkan kekeliruan yang berlaku. Beliau kini masih setia bersama Selangor FC.

Advertisements

“Saya ingin menjelaskan diri saya disini. Saya tidak sangka bahawa tag dan post yang tidak bermaksud apa-apa akan menyebabkan banyak kebencian dan kekeliruan.

“Saya tidak berpindah ke JDT dan saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan JDT.

Pemain berusia 30 tahun itu juga dengan rendah hati memohon maaf jika kelakuan beliau dalam sosial media memberi pandangan negatif terhadap beliau sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Advertisements

“Saya tidak bermaksud untuk menyakitkan hati atau menyinggung perasaan sesiapa. Dengan itu, saya ikhlas meminta maaf dan akan lebih berhati-hati dengan apa yang saya posy di masa depan,” jelas Safuwan dalam hantaran Instagram Story.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram