Safwan Ada ‘Ramuan’ Baiki Hantaran Lintang
Dunia
Safwanmzlan_
Advertisements

Pemain pertahanan skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Muhammad Safwan Mazlan berpuas hati dengan prestasi semasa yang ditampilkannya dalam dua siri perlawanan awal peringkat kumpulan B di temasya Sukan SEA Hanoi.

Anak jati Kuala Nerus itu secara peribadi berpendapat corak permainan yang ditonjolkannya sedikit sebanyak telah membantu pasukan melakar kemenangan. Bagaimanapun Safwan sedar banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki lebih-lebih lagi dengan hantaran lintang.

“Secara keseluruhan saya puas hati dengan corak permainan ketika berdepan dengan Laos tempoh hari selepas merakam kemenangan kedua, namun sejujurnya saya tidak begitu gembira dengan hantaran silang ke arah gol yang tidak begitu sempurna dan perlu diperbaiki lagi.”

Advertisements

Di samping itu, Safwan akui bahawa komunikasi dan persefaham antara pemain ketika di dalam padang perlu ditambah baik. Ia amat penting bagi tugas seorang pertahanan untuk sentiasa peka serta fokus daripada dibolosi lawan.

“Selain itu komunikasi antara rakan seposisi juga perlu ditambah baik kerana ianya penting terutama ketika diasak lawan bagi memastikan pintu gol tidak dibocori kerana kami adalah benteng terakhir sebelum penjaga gol.”

Usaha sama dan kesungguhan setiap pemain amat ditagih. Menurut Safwan, setiap pemain wajar memainkan peranan masing-masing dengan baik serta saling bekerjasama dalam usaha untuk mencatat keputusan cemerlang buat pasukan.

Advertisements

“Jadi bagi memastikan kami tidak melakukan kesilapan selain bijak bertahan dan mengatur gerakan ke arah kubu pasukan lawan, elemen berkenaan menjadi fokus kami sambil meletakkan harapan yang tinggi kepada barisan depan untuk memburu gol,” kata pemain Safwan Mazlan ketika dihubungi Arena Metro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram