Safwan Mazlan Mahu Guna Situasi Semasa Harimau Malaya Sebaik Mungkin
MakanBola
Perak FC

Tonggak pertahanan negara, Safwan Mazlan optimis dengan perjuangan Harimau Malaya berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Pemain Terengganu FC itu berada dalam senarai 26 orang pemain yang bakal dibawa oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon bagi dua aksi getir ini.

Ad
Advertisement

Beliau mengakui teruja berjaya mendapatkan panggilan ke skuad senior setelah menjadi tunjang utama bersama Malaysia B-23.

Ad

Safwan menjadi tonggak penting ketika membantu cabaran negara dalam kempen di Qatar pada bulan April lalu.

Advertisement

“Persaingan dengan pemain senior amat sengit sebab saya pemain muda kan. Walau bagaimanapun, saya perlu lebih bekerja keras.

Pemain berusia 22 tahun itu juga dapat menerapkan taktikal yang dimahukan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu sambil optimis untuk merebut tempat.

Ad
Advertisement

“Tentang teknikal coach, saya boleh buat apa yang dia nak.

Ad

“Mungkin inilah peluang saya setelah ketiadaan beberapa tonggak utama untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, jelas Safwan ketika ditemui di Wisma FAM.

Advertisement

Skuad Harimau Malaya akan beraksi bagi perlawanan kelima Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek.

Perlawanan ke-6 pula akan menemukan Chinese Taipei dan skuad kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.

Advertisement