Advertisement
Saham Arif Aiman & Alvin Fortes Catat Perbezaan
Piala FA
MakanBola
JST/Selangor FC

Saham dua tonggak finalis Piala FA, Arif Aiman dan Alvin Fortes mencuri tumpuan.

Kedua-dua pemain ini menjadi watak penting yang menjayakan misi JDT dan juga Selangor FC.

Arif Aiman telah menjadi watak penting Harimau Selatan bermula sejak awal musim 2024/25 namun mengalami kecederaan.

Pemenang Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu mencatatkan satu bantuan gol dalam aksi Piala FA 2024.

Beliau kini dinilai pada tanda harga 550,000 Euro (RM2.7 Juta) berdasarkan kemas kini oleh laman Transfermarkt.

Nilai ini mencatatkan sedikit jurangi iaitu dengan nilai pemain kelahiran Belanda itu sekitar 350,000 Euro (RM1.7 Juta) dan menjadi antara pemain termahal Selangor ketika ini.

Alvin menjaringkan 5 gol dan satu bantuan gol sepanjang aksi ke final Piala FA 2024.

Aksi final Piala FA 2024 akan berlangsung pada 24 Ogos 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 9 malam.