Bakat Muda Sabah, Sahrizan Saidin Idam Bermain Bersama JDT
Dunia
BorneoPost
Advertisements

Pemain muda Sabah FC, Sahrizan Saidin meletakkan sasaran untuk menyertai Johor Darul Ta’zim dan memikat hati pihak penguruan JDT.

Pemain tengah itu menyatakan bahawa ramai lagi pemain muda seperti beliau yang mahu memenuhi barisan pemain JDT jika diberikan peluang.

Sahrizan juga berpendapat ini bukan pengakhiran untuk pemain muda Sabah FC bermain, akan tetapi nasihatnya kepada pemain muda harus menunjukkan kesungguhan sekiranya mahukan peluang untuk bermain.

Advertisements

“Saya rasa bukan saya seorang sahaja tetapi ramai lagi pemain-pemain muda seperti saya memasang impian untuk bermain dengan JDT.”

“Jadi untuk realisasikan impian saya itu, saya letak sasaran selama dua tahun untuk membuktikan kemampuan saya,” katanya kepada Harimau Malaya.

“Secara peribadi saya tidak melihat ia sebagai penutup peluang untuk pemain muda Sabah bermain, sebaliknya pemain-pemain muda perlu bekerja keras sekiranya mahu dapat peluang bermain.”

Advertisements

“Jika pemain itu berusaha dengan keras, sudah pasti dia akan mendapat kepercayaan jurulatih untuk turun beraksi.”

Sebagai rekod, Sahrizan telah membuat empat penampilan bersama skuad utama dan ternyata beliau telah berjaya memikat ketua jurulatih yang menandatanganinya untuk bersama skuad utama pada musim ini.

Foto TheBorneoPost

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram