Saksikan Aksi Liga Juara-juara AFC & Piala AFC Di Astro
Bisnes
Azri/MakanBola
Advertisements

Dengan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala AFC musim 2023-2024 sudah bermula, peminat bola sepak kini boleh melihat aksi dua kejohanan benua itu di Astro.

Astro bakal menyiarkan 60 perlawanan siaran langsung dan tertunda membabitkan perlawanan pilihan ACL dan Piala AFC.

Kesemua perlawanan ini akan disiarkan di Arena Bola (saluran 803 dan 804) dan Astro Supersport (saluran 812 dan 813).

Advertisements

Peminat Cristiano Ronaldo dan Neymar turut berpeluang menonton Saudi Pro League (SPL) di Astro Arena (saluran 801 dan 802).

Saluran berkenaan akan menyiarkan aksi tertunda SPL membabitkan tiga pasukan iaitu Al-Nassr, Al-Hilal dan Al-Ittihad.

Advertisements

Perlawanan siaran langsung ini akan meliputi tiga wakil Liga Malaysia (Liga M) iaitu Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Sabah FC dan Terengganu FC. JDT akan beraksi dalam saingan ACL dengan Sabah dan Terengganu pula dalam saingan Piala AFC.

Siaran langsung perlawanan ACL dan Piala AFC bakal dihangatkan lagi dengan empat pengacara Astro Arena iaitu Ahmed Sharazad Sani, Nafis Abdullah atau ‘Botak’, Keesh ‘Mat Stats’ dan Faiz Gurun.

Advertisements

Sementara Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Nizaruddin Yusof, Razman Roslan dan Shahrom Kalam pula bakal memberi pandangan taktikal yang bernas dan menarik di studio.

Seperti biasa, penonton aksi ACL dan Piala AFC di Astro bakal ditemani barisan pengulas berkaliber yang tidak asing lagi seperti Zainal Abidib Rawop, Hafizal Hamad, Izwan Mohd Noor, Aiman ‘Sekaiichi’ dan Wan Khairil Azwa.

Advertisements

Peluang ini juga bakal merancakkan lagi perjalanan bola sepak Malaysia khususnya kepada wakil negara yang berpeluang mencipta fenomena di Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram