Penyerang Manchester United semakin ditunjukkan jalan selepas satu lagi petanda mendekatkannya untuk mewakili Malaysia.
Baru-baru ini, arena bola sepak Malaysia digemparkan dengan satu senarai panjang yang dikeluarkan laman Frfuturetalents berkenaan pemain kacukan di Eropah.
Senarai ini menyaksikan beberapa pemain terkemuka seperti Josh Brownhill, Zien Flemming dan juga Iggy Houben yang didakwa berpotensi untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
Bukan itu sahaja, laman Transfermarkt mengesahkan bahawa seorang lagi pemain yang berpangkalan di EPL berpeluang cerah untuk mewakili Malaysia iaitu Ethan Wheatley.
Pemain berusia 18 tahun itu memperkuat The Red Devils dan sudah beberapa kali berada pada bangku simpanan skuad utama Manchester United.
Laman Transfermarkt mengesahkan bahawa Ethan memiliki pertalian darah dengan Malaysia menerusi neneknya yang berasal dari Selangor.
Transfermarkt merupakan laman bola sepak terkemuka dunia yang membekalkan data, perpindahan, nilai pasaran dan juga khabar angin perpindahan serata dunia.
Bintang sensasi England itu beraksi pada posisi penyerang dan masih memiliki kontrak bersama Manchester United sehingga tahun 2026.
Beliau kini telah beraksi dalam 10 perlawanan dan berjaya menjaringkan 6 gol secara keseluruhan.
Setakat ini, masih tiada perkembangan lanjut tentang potensi pemain ini menyarung jersi Malaysia secara rasmi dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).