San Marino ‘Kaku’ Dibantai England, Penjaga Gawang England Boleh ‘Tidur’ Sepanjang Perlawanan
Dunia
The FA / Getty Images
Advertisements

England menamatkan kempen kelayakan Piala Dunia penuh bergaya selepas membenam San Marino 10-0 di Stadium San Marino.

San Marino menamatkan kempen kelayakan tanpa sebarang mata selepas 10 perlawanan dan kekalahan kepada England menjadi kekalahan terbesar menurut sejarah pertembungan kedua-dua negara Eropah ini.

Pemain sensasi Manchester United, Harry Maguire merasmikan jaringan England seawal minit ke-6 sebelum jaringan sendiri pemain San Marino, Flippo Fabbri selang 9 minit kemudian menjadikan kedudukan 0-2 memihak kepada pasukan pelawat.

Advertisements

Harry Kane mengamuk dengan 4 jaringan selepas itu pada minit ke-27, 31, 39 dan 42.

Bersambung babak kedua, Rowe, Tyrone Mings, Tammy Abraham dan Bukayo Saka menambah derita San Marino dengan deretan gol tanpa henti menjadikan keputusan akhir 0-10 memihak kepada England.

Sepanjang perlawanan San Marino hanya mampu menghasilkan 2 sepakan kearah pintu gol England yang dikawal pemain Arsenal, Aaron Ramsdale yang nyata bosan sepanjang perlawanan berlangsung.

Advertisements

England sebelum ini mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir Piala Dunia lebih awal dan selepas 10 perlawanan, England mengutip 26 mata menerusi 8 kemenangan dan dua seri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram