Sanusi Balas Balik
Dunia
Muhammad Sanusi MD Nor
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor mempersoal mengapa pemain JDT tidak mampu berbahasa Johor.

Kemenangan JDT malam semalam ke atas Terengganu memberikan peluang buat Harimau Selatan itu memonopoli kesemua trofi musim ini disamping berjaya mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-juara AFC.

Kemenangan JDT juga menimbulkan perdebatan dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia dan yang paling menarik perhatian adalah gambar Sanusi trending sejurus perlawanan akhir Piala FA tamat.

Advertisements

Sanusi sebelum ini dirakam memakai baju Terengganu dan percaya majoriti rakyat Malaysia menyokong Terengganu untuk menewaskan JDT.

“Ini untuk kawan saya, @muhammadsanusimdnor_official, terima kasih atas sokongan anda, nikmatilah piala ini.” Ujar Forestieri kepada Sanusi di Instagram sebelum ini.

Forestieri, penyerang JDT menghadiahkan kemenangan ini kepada Presiden Kedah FA dan nampaknya Sanusi tidak hanya berdiam.

Advertisements

Beliau bangkit bak seorang pahlawan sebenar lantas membalas segala-galanya dengan mempersoalkan mengapa pemain JDT tidak mampu berbahasa Johor.

“Tahniah JDT menang Piala FA semalam… sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor.” Tulis Sanusi di Facebooknya.

Walaupun Terengganu menentang JDT sepatutnya tidak melibatkan Sanusi, namun kegemaran Sanusi menyakat rakan-rakannya di Johor menarik perhatian penyokong bola sepak di Malaysia.

Advertisements

Ada juga yang mencadangkan agar Sanusi fokus kepada pasukannya sendiri iaitu Kedah Darul Aman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram