Sanusi Bersuara

Sanusi 5 Sanusi Bersuara
FA Kedah

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor hari ini dalam satu hantaran mempersoal berkaitan seorang individu berpengaruh dalam arena bola sepak tempatan.

Sanusi dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya dilihat agak kurang berpuas hati dengan seorang sosok yang menyibuk akan hal berkaitan pasukan lain. Difahamkan ia turut berkait rapat tentang dengan isu pelantilan jurulatih daripada sebuah pasukan Liga Super dari utara.

“Yang nampak dok kalut pasai jurulatih pasukan lain tu pasai apa? Agaknya pasai jurulatih tu dia takleh nak call direct mcm dia dok call jurulatih pasukan lain sebelum ni kot.” 

Sanusi juga mengulas berkaitan status pemain yang dipinjamkan dari sebuah kelab ke kelab yang lain. Berkaitan hal ini, semestinya kedua-dua pasukan telah memeterai perjanjian dan mencapai kata sepakat.

“Cerita dia nak ambik balik pemain pinjaman pun, dia telefon jurulatih dengan pemain direct jaaa suruh balik, padahal perjanjian pinjaman dibuat antara pengurusan pasukan A dengan pengurusan pasukan B, bukan dengan jurulatih pun. Nampak dak kerek dia?”

Seolah tidak mengikut peraturan dan prosedur yang sepatutnya, Sanusi agak berang dengan tindakan individu tersebut dan beranggapan beliau seorang yang berlagak. 

“Dia ingat dia boleh buat semua benda dan orang lain tak boleh kata apa kat dia ka? Ni tahun 2022 dah cik oi, bukan tahun 1422,” ulas Sanusi.