Sanusi Lipat Gulung Buat Ramai Terkejut
Komuniti
UPDA – Kedah Darul Aman
Advertisements

Kemahiran tahap tinggai yang ditonjolkan oleh Menyeri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu aksi bola sepak mencuri perhatian netizen.

YB Sanusi seringkali turun padang untuk beraksi dalam perlawanan santai antara KCSFC menentang GCrew mencuri tumpuan ramai.

Perlawanan yang turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar itu merancakkan lagi aksi dengan beberapa gerak menarik antara dua sosok besar ini terjadi.

Advertisements

YB Sanusi lebih selesa beraksi selaku pemain serangan berjaya mengatur beberapa gerakan menarik menerusi perkongsian klip pendek di laman sosialnya.

Detik yang paling mengejutkan apabila beliau berjaya melakukan satu percubaan cantik apabila teknik gunting atau lipatan berjaya dilakukan di hadapan gawang.

Sungguhpun percubaan yang dilepaskan begitu cantik, ia tetap tidak dikira kerana kedudukan sudah pun ofsaid.

Advertisements

Rata-rata netizen menyambut baik dan kagum dengan teknik luar biasa yang dimiliki oleh beliau di atas padang.

Baru-baru ini, Baddrol yang juga merupakan ADUN Gurun telah berkongsi mengenai peruntukan RM4 juta yang telah diluluskan kerajaan negeri Kedah di bawah pemerintahan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.

“4 juta (peruntukan) bagi membaik pulih keadaan Stadium Darul Aman. Trek tersebut telah lama berada dalam keadaan uzur, sejak saya bermain bola sepak lagi,” ucap Baddrol di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Darul Aman.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram