Sanusi Mahu TMJ Terus Beri Saingan Kepadanya
Dunia
muhammadsanusimdnor_official
Advertisements

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata menegaskan bahawa kelibat pemilik kelab Pemilik Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih diperlukan dalam arena bola sepak negara.

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan sungguhpun ianya merupakan keputusan peribadi, namun hakikatnya beliau merasakan bahawa TMJ masih perlu kekal dalam bola sepak.

‘Bersara atau tidak, itu pilihan masing-masing. Orang bersara dah tua, tapi kalau muda lagi, hendak bersara apa?’

Advertisements

‘Orang tua pun main bola lagi, jadi janganlah bersara. Nanti saya tidak ada saingan pula,’ – katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini, Tunku Ismail ada meninggalkan satu komen pada hantaran pasukan baginda yang menyatakan bahawa beliau akan meninggalkan bola sepak sekiranya JDT kalah kepada KL City.

Namun begitu, ia tidak menjadi kenyataan apabila pasukan kendalian Bojan Hodak gagal menyaingi kekuatan JDT apabila tumpas 3-0.

Advertisements

Ini juga berjaya memadam kedukaan pasukan Benjamin Mora setelah tumpas pada aksi Piala Malaysia kepada pasukan yang sama akhir tahun lalu dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram