Gaya Pro, Sanusi Pernah Menang Lawan Team MSN
Hiburan
Muhammad Sanusi MD Nor
Advertisements

Presiden Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman FC, Dato’ Seri Muhammad Sanusi bin MD Nor telah memuat naik satu hantaran dalam laman rasmi Facebook beliau susulan kemenangan dalam satu perlawanan bola sepak menentang pasukan MSN.

Bukan itu sahaja, perkara yang menjadi tumpuan para peminat adalah pasukan yang diwakili oleh Menteri Besar Kedah itu memperoleh keputusan yang positif apabila menang 4-3 ke atas lawannya itu.

Sungguhpun hantaran tersebut merupakan hantaran lama yang sudah pun dimuat naik pada tahun lepas, namun tindakan YB Sanusi yang mengulang hantaran itu jelas menunjukkan semangat dan rasa cinta yang mendalam terhadap bola sepak.

Advertisements

Pada hantaran asalnya itu, rata-rata peminat berasa bangga dan suka dengan kesungguhan beliau bermain bola walaupun sudah sedikit berusia.

Antara komen para penyokong seperti Fauzi Roslan yang menyatakan rasa kagum terhadap YB Sanusi sambil menyatakan bahawa beliau masih memiliki sentuhan berbisanya.

’Mantap YB Sanusi, sentuhan masih berbisa.’

Advertisements

Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa komen yang mengusik hati dengan ucapan ‘Mantap YB kita’ membanjiri ruangan komen tersebut.

Hantaran itu mendapat hampir 900 tanda suka selain dikongsi oleh lebih 18 pengguna Facebook lain yang tertarik dengan gelagat beliau.

Ketika ini, pasukan Kedah di bawah pimpinan beliau dan jurulatih, Aidil Sharin sedang rancak dalam urusan perpindahan pemain dengan beberapa nama besar dalam pasukan sudah pun mengesahkan penghijrahan mereka seperti kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar dan juga pemain pertahanan kanan pasukan, Rizal Ghazali.

Advertisements

Kemasukan beberapa pemain utama pasukan lain ke dalam skuad Hijau Kuning sudah pasti bakal menghangatkan lagi saingan Liga Super musim lepas dan sudah pastinya Kedah mahu terus menjadi pencabar utama kejuaraan setelah mengakhiri saingan liga sebagai naib juara.

Kehadiran pemain-pemain seperti Ammirul Azhan, Khairu Azrin dan juga Al-Hafiz Hamzah pastinya mengukuhkan lagi keampuhan pasukan untuk beraksi dalam saingan Piala AFC musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram