Sanusi: Semua Sokongan Rakyat Malaysia Akan Pergi Kepada Terengganu
Dunia
Bernama
Advertisements

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi bin Md Nor yakin sokongan rakyat Malaysia akan berpihak kepada Terengganu menjelang pertemuan dengan JDT pada perlawanan akhir Piala FA.

Beliau dalam satu temubual menegaskan sokongan padunya terhadap skuad kendalian Nafuzi Zain yang dilihat mampu menjulang piala tersebut pada edisi kali ini.

Mengulas lanjut, Sanusi ketika ditanya mengenai pendapatnya tentang juara Piala FA kali ini, beliau dengan penuh yakin menjawab Terengganu adalah pilihannya.

Advertisements

“Terengganu akan menang sebab saya sokong Terengganu.”

“Isteri saya pun orang Terengganu.”

Walau bagaimanapun, beliau merasakan bahawa sokongan rakyat Malaysia akan berpihak kepada pasukan dari Pantai Timur itu pada perlawanan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Advertisements

Beliau menjelaskan bahawa sokongan yang diberikan kepada Terengganu adalah disebabkan pasukan tersebut dianggap ‘underdog’ dalam pentas Final ini.

“Orang macam saya akan sokong pasukan yanh dianggap underdog.”

“Semua sokongan rakyat Malaysia akan pergi kepada Terengganu kecuali orang Johor, tak percaya tunggu,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Advertisements

Terengganu berada pada landasan terbaik untuk membawa pulang trofi ke negeri Darul Iman selepas kali terakhir melakukannya pada 11 tahun yang lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram