Dunia
Advertisements

Sarawak United merupakan pasukan baharu yang akan bersaing dalam Liga Premier musim 2020 ini.

Walaupun Malaysian Football League (MFL) telah melancarkan saingan Liga Malaysia 2020 secara rasmi semalam, namun masih menjadi tanda tanya kepada para penyokong Sarawak mengenai pasukan itu.

Apa yang diketahui ramai, Sarawak United adalah sebuah pasukan yang dijenamakan semula dari Selangor United, selepas pengambilalihan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) yang diluluskan oleh MFL pada tahun lalu.

Advertisements

Sehingga kini belum boleh dipastikan, siapakah yang bakal mengendalikan pasukan itu pada musim akan datang. Atau siapakah pemain  yang bakal membarisi pasukan tersebut.

Ianya langkah yang dianggap aneh kerana tatkala semua pasukan lain sibuk mempromosikan pasukan masing-masing, Sarawak United masih mengambil langkah berdiam diri.

Coach Margo Sarawak United Bakal Diterajui Jurulatih Dari Valencia?
Individu yang dikatakan Coach Margo dalam gambar itu

Namun satu perkara yang menarik perhatian adalah perkongsian di laman Instagram milik bekas pemain dan jurulatih pasukan Belia Sarawak, Safri Amit.

Advertisements

Dalam video tersebut, kem Sarawak dilihat meraikan Hari Lahir kepada Safri Amit. Safri yang pernah beraksi bersama pasukan Sarawak dipercayai adalah Penolong Jurulatih kepada pasukan Sarawak United FC pada musim akan datang.

Dalam video tersebut, terdapat seorang lagi individu bersama Safri. Hasil carian mendapati individu tersebut dikenali sebagai Juan Carlos Magro Oliva atau turut dikenali sebagai Coach Margo.

Coach Margo sebelum ini adalah jurulatih pembangunan akar umbi di Valencia, dan turut pernah berada di dalam negara mewakili Valencia untuk klinik dan program pembangunan di negara ini sejak 2013.

Advertisements

Ketika ini hanya menunggu pengumuman rasmi dari pihak Sarawak United mengenai berita ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram