Dunia
Advertisements

Terdapat desas-desus mengenai seorang pemain import dari Ghana yang dikatakan bernilai 3 Juta Euro, jika mengikut harga pasaran pemain berkenaan yang bakal dibeli oleh Sarawak United.

Mohammed Kudus adalah pemain Ghana yang dimaksudkan dan beliau kini sedang bermain bersama kelab FC Nordsjælland di Liga Denmark. Beliau juga adalah pemain kebangsaan Ghana yang beraksi di posisi tengah.

Mohammed Kudus Sarawak United Beli Pemain Ghana Berharga 3 Juta Euro?
Mohammed Kudus antara pemain muda Ghana yang bakal menyinar

Menurut laman Facebook Sarawak Ngap Sayot, dikatakan bahawa Presiden FAS, Dato Posa Majais, pasukan Sarawak United FC II yang beraksi di Liga M3 akan menambat pemain kebangsaan Ghana berusia 20 tahun itu.

Advertisements

Namun berita ini masih lagi diperingkat ‘cakap-cakap’ bola sahaja dan peminat terutamanya penyokong Sarawak pastinya tertunggu-tunggu mengenai khabar angin ini sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Pemain ini juga berada dalam radar perhatian kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Everton yang turut dikatakan mahu mendapatkan khidmat bintang muda Ghana ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram