Sarawak United Selesaikan Kemelut Gaji Pasukan
Dunia
Sarawak United
Advertisements

Naib juara Liga Premier musim lalu, Sarawak United FC dilaporkan sudah pun menyelesaikan masalah tunggakan gaji yang dihadapi oleh pasukan tersebut menjelang musim baharu tidak lama lagi.

Ini menyaksikan tunggakan yang dianggarkan sebanyak RM 2 juta itu telah selesai iaitu kira-kira selama 3 bulan tunggakan telah pun dijelaskan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Posa Majais, Sarawak United kini dalam usaha untuk memberi tumpuan sepenuhnya merangka dan menyusun pasukan.

Advertisements

Langkah yang efisien ini juga termasuklah dengan menawarkan kontrak kepada pemain yang dirasakan mampu untuk membawa cabaran pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan. 

“Saya ingin jelaskan kepada semua bahawa jangan lagi terus membuat tuduhan bahawa Sarawak United mempunyai tunggakan gaji. 

“Kami akui memang ada kelewatan kerana atas beberapa faktor tertentu namun bukanlah sampai tidak mahu langsung bayar gaji pemain,’-Jelas beliau kepada Arena Metro.

Advertisements

Sekarang ini, kami mengambil pendekatan lebih baik menggugurkan pemain hebat atau ternama daripada mereka terus memburukkan pasukan. Majoriti pemain mahu bersama pasukan dan hanya lima saja mahu tinggalkan Sarawak United,” katanya.

Sebelum ini, tular isu Sarawak United berkaitan dengan isu tunggakan gaji hingga menyebabkan pelbagai kemungkinan yang rancak dibualkan termasuklah kemungkinan tidak boleh beraksi di Liga Super jika gagal melangsaikannya.

Namun begitu, Posa menjelaskan bahawa pihak pengurusan sedar akan tanggungjawab mereka ke atas pasukan dan tidak akan membuat sesuatu yang boleh menjejaskan reputasi pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram