Sasaran Awal Ong Kim Swee Di Asia Tercapai
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gembira kerana berjaya mencapai sasaran awal dalam saingan Piala AFC musim 2023-2024.

Selepas mengetahui skuad Badak berada dalam Kumpulan H bersama PSM Makassar, Hai Phong dan Hougang United, Kim Swee sentiasa melihat pasukan itu mampu melepasi peringkat kumpulan.

Dengan sasaran itu sudah tercapai, ini memberi ruang kepada bekas pengendali Harimau Malaya itu mengatur persiapan sebelum aksi separuh akhir Zon ASEAN berlangsung.

Advertisements

“Sasaran awal kita ialah layak ke peringkat separuh akhir zon (Zon ASEAN). Kita mahu pergi lebih jauh dan kita ada masa untuk buat persediaan,” katanya seperti dipetik laman rasmi Piala AFC.

Sabah muncul juara Kumpulan H selepas meraih 12 mata daripada lima perlawanan. Mereka akan menutup kempen kumpulan dengan menentang PSM Makassar pada 14 Disember ini.

Advertisements

Ramai peminat bola sepak negara berharap Terengganu FC dapat menjadi wakil negara kedua layak ke separuh akhir Zon ASEAN selepas skuad Badak.

Biarpun peluang untuk layak agak tipis, skuad Penyu pastinya mahu memberi cabaran kepada pesaing terdekat mereka, Central Coast Mariners dalam aksi terakhir Kumpulan G.

Advertisements

Terengganu bakal bersemuka dengan kelab Liga 1 Indonesia, Bali United untuk aksi terakhir Kumpulan G pada 13 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram