Sathianathan Dah Tahu Memang Akan Kalah Dengan JDT
Dunia
MFL
Advertisements

Perlawanan pusingan kedua Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melayan kunjungan Sarawak United FC (SUFC) seperti sudah dijangka apabila JDT menepati ramalan menang mudah membelasah Sarawak dengan keputusan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada Sabtu malam.

Pengendali SUFC, B Sathianathan akur dengan keputusan yang dicatatkan pasukan kendaliannya dan menganggap JDT berada di satu tahap yang berbeza kerana beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).

“Saya bukan jenis jurulatih yang suka bercerita yang kami mampu mengimbangi kekuatan JDT atau menyaingi kehebatan pasukan itu.

Advertisements

“Ini adalah realiti kami menentang pasukan yang beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan sudah tentu agak sukar untuk menang.” jelas Sathianathan kepada Arena Metro.

Dalam perlawanan malam tadi, JDT berjaya mengesahkan tempat ke suku akhir Piala FA selepas membenam cabaran SUFC dengan Nazmi Faiz menjaringkan satu gol manakala Fernando Forestieri meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Malaysia dengan berjaya meledak dua gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram