“Saya Akan Jadi Juara Termuda Yang Pernah Ada” – Johan Ghazali
UltraSukan
UltraSukan
Johan Ghazali
Advertisements

Bintang Muay Thai muda negara, Johan Ghazali menampilkan persembahan cemerlangnya ketika menewaskan lawannya yang lebih berpengalaman, Edgar Tabares menerusi knockout pada pusingan pertama.

Menerusi satu klip video temubual selepas pertarungan, Johan mengucapkan terima kasih kepada seluruh peminat di Malaysia

Advertisements

“Terima kasih semua, terima kasih kepada semua penyokong di Malaysia, Assalamualaikum Malaysia, apa khabar semua?,” katanya pada sesi temubual berkenaan.

Beliau juga memaklumkan maksud nama beliau dan bertekad untuk sentiasa berada dalam misi untuk menjadikan dirinya sepertimana maksud namanya.

“Nama saya Johan, dalam bahasa Melayu ianya bermaksud juara. Jadi saya akan sentiasa membuktikan (kebolehan dirinya) dan hidup dengan (maksud) nama saya,” tuturnya di dalam bahasa Inggeris.

Advertisements

Tambahnya lagi, dia juga berjanji untuk menjadi seorang juara yang termuda dalam One Championship Muay Thai yang pernah ada dalam sejarah.

Advertisements

“Pegang kata-kata saya, saya akan menjadi juara termuda dalam One Championship Muay Thai yang pernah ada” ujar beliau dengan penuh keyakinan.

Terdahulu, Johan Ghazali atau nama timangannya Jojo berjaya menumpaskan lawannya, Edgar Tabares dalam masa 36 saat pada pertarungan ONE Fight Night 17 yang berlangsung di Stadium Tinju Lumpinee, Thailand.

Advertisements

Tonton video temubual: di sini

News Comments Account