“Saya Belum Tandatangan Apa-Apa Dengan Selangor” – Faisal Halim

Faisal Halim 17 "Saya Belum Tandatangan Apa-Apa Dengan Selangor" - Faisal Halim
Foto: Azri / MakanBola
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemain sayap pasukan Terengganu FC, Faisal Halim mendedahkan bahawa beliau tidak ada menandatangani apa-apa perjanjian dengan Selangor FC.

Nama beliau hangat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Lembah Klang itu selepas pelbagai persoalan timbul mengenai masa depannya.

Mengulas lanjut, pemain sayap lincah ini berasa sedikit kecewa kerana pelbagai spekulasi timbul tentang penghijrahan beliau keluar daripada pasukan Pantai Timur tersebut.

Namun begitu, beliau mengesahkan bahaqa tidak ada sebarang perjanjian atau apa-apa tandatangan dibuat bersama pihak Selangor.

“Saya tidak ada tandatangan apa-apa dengan Selangor.”

“Kalau betul saya dah tandatangan (bulan 6 lalu), saya dah tak bermain lawan Selangor dan jaringkan gol bertemu mereka,” jelasnya sejurus tamat perlawanan.

Bekas bintang Sri Pahang ini turut mengakui bahawa masalah yang berlaku dan pelbagai khabar angin ini sedikit sebanyak mengganggu perjalanan dan akai pasukan pada malam ini.

Terengganu berdepan misi penting di Gong Badak untuk memadam defisit dua gol yang dimiliki oleh Selangor.