Ads
“Saya Marah Kerana Pemain Seperti Berjoging” – Tomislav Steinbruckner
Piala FA
Terengganu FC

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mengakui tidak gembira melihat aksi anak buahnya pada penghujung perlawanan walaupun berjaya memperoleh kemenangan ke atas Perak.

Advertisements

Terengganu bangkit memadam jaringan awal Luiz Motta menerusi sepakan penalti Safawi Rasid serta jaringan jarak jauh Marin Pilj untuk melangkah ke suku akhir Piala FA.

Advertisements

Aksi pasukan Terengganu pada minit akhir permainan yang tidak memanfaatkan situasi serangan balas ke atas Perak membuatkan Tomislav Steinbruckner berasa tidak berpuas hati.

Advertisements
Advertisements

“Kami cipta banyak peluang untuk dapatkan gol ketiga dan dalam 10 minit terakhir saya takut jika Perak jaringkan gol menerusi serangan balas.

“15 minit terakhir saya sangat marah kerana pasukan harus kelihatan lebih profesional untuk menang perlawanan ini.

Advertisements

“Kami berjaya ke pusingan seterusnya tetapi ketika kami melakukan serangan balas terdapat 7 atau 8 pemain kelihatan seperti sedang berjoging.

“Saya bengang terhadap situasi itu dan saya memberitahu pemain saya bahawa kita tak boleh kelihatan seperti itu terutamanya dalam 15 minit terakhir perlawanan.

“Kita perlu lebih bijak dan mengawal permainan dengan lebih baik walaupun kita berhak memenangi perlawanan ini.

“Kita ada banyak peluang dan berjaya menjaringkan dua gol, Perak pula ada beberapa peluang tetapi saya gembira kita layak ke pusingan seterusnya.

“Saya lihat keputusan perlawanan Piala FA pasukan lain seperti Penang dan Kuching City. Setiap perlawanan semuanya sukar kerana musim ini saya lihat pasukan Liga Super semakin bagus berbanding musim lalu.” jelas Tomislav Steinbruckner setelah tamat perlawanan.

Advertisements

Skuad Sang Penyu seterusnya akan menerima tentangan Sabah atau KL Rovers untuk aksi suku akhir Piala FA 2024/2025 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram