Ads
“Saya Memang Sedih, Tapi Saya Kembali” – Faisal Halim
Piala FA
Astro Arena

Bintang sensasi Selangor, Faisal Halim kembali membuat kemunculan apabila berada dalam skuad Merah Kuning dalam aksi separuh akhir Piala FA 2024 pada semalam.

Advertisements

Selangor berjaya menewaskan Terengganu dengan agregat 6-4 sekaligus mengesahkan slot ke pentas final Piala FA 2024.

Advertisements

Kehadiran Faisal mendapat perhatian ramai apabila pemain sayap lincah itu kembali di atas padang selepas direhatkan hampir 3 bulan ekoran insiden simbahan asid yang ditimpa beliau.

Advertisements
Advertisements

Biarpun tidak beraksi dalam perlawanan semalam, kehadiran Faisal telah memberi inspirasi serta menyuntik semangat moral buat pada pemain.

“Alhamdulilah tahniah kepada rakan sepasukan saya, tahniah kepada rakyat Selangor. Kemenangan malam ini untuk anda semua, apa yang boleh saya katakan saya membawa semangat yang termampu walaupun tak dapat bermain, tapi saya dapat beri semangat kepada rakan-rakan saya.”

Advertisements

Ketika temu bual selepas perlawanan, Faisal akui sedih dengan apa yang menimpa dirinya apabila terpaksa menahan rasa sakit dan berehat panjang. Beliau bagaimanapun tetap semangat dan bangkit untuk meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

“Ya sudah tentu, hampir tiga bulan saya direhatkan. Kecederaan (simbahan asid) ini menimpa kepada saya, saya memang sedih amat sedih tapi kembalinya saya malam ini di Stadium MBPJ salah satu semangat baru untuk diri saya.”

“Alhamdulilah kini saya dah berlatih bersama pasukan baru sahaja. Saya harap saya dapat progres dengan lebih cepat dari masa ke semasa untuk bersama pasukan.”

“Saya terkejut, semalam baru dapat tahu nama saya berada dalam pasukan. Tapi apa yang boleh saya buat adalah bantu dengan semangat,” ujar Faisal.

Advertisements

Selangor kini sedang menanti dua pasukan samaada Johor Darul Ta’zim atau Kedah Darul Aman yang akan berentap bagi penentuan ke pentas final Piala FA 2024. Aksi akhir kempen Piala FA kali ini dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram