Advertisement
“Saya Mengharapkan Kamera Rakam Saya Baling Botol” – Baihakki Khaizan
Dunia
MakanBola
FB Baihakki Khaizan

Selepas tamat perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang menemukan Malaysia dan Singapura semalam, tular satu foto yang memperlihatkan reaksi ketawa di wajah bekas pemain kebangsaan Singapura, Baihakki Khaizan.

Baihakki bukanlah satu nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia apabila beliau pernah beraksi bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dari tahun 2014 sehingga 2015.

Selepas tularnya foto beliau yang dikatkan sedang ketawa, Baihakki mengambil tindakan pantas dengan memohon maaf atas apa yang terjadi dan mengandaikan insiden tersebut sebagai sesuatu yang tidak bernasib baik kerana pada ketika itu beliau sedang bergurau dengan penyokong Malaysia.

“Hai semua, saya ada melihat foto saya sedang ketawa selepas tamat perlawanan (semalam). Saya mohon maaf atas insiden tersebut. Saya tidak bernasib baik apabila gambar diambil ketika ada gurauan yang bukan berkaitan dengan bola bersama penyokong Malaysia.

“Kalaulah kamera dapat menangkap gambar kamera dapat menangkap gambar saya menghempaskan botol ketika gol terhasil. Walau bagaimanapun, saya mohon maaf atas salah faham,” luah Baihakki di laman Facebook beliau.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perlawanan menarik malam tadi, Baihakki akui para pemain Singapura sudah lakukan yang terbaik namun pemain Malaysia lebih mahukan kemenangan dan dahagakan kejayaan.