“Saya Menyesal Bawa Pemain Itu Ke Qatar, Ia Satu Kesilapan” – Luis Enrique
Dunia
Football 365 via FIFA
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Sepanyol, Luis Enrique akui telah membuat keputusan yang silap di dalam pemilihan pemain untuk membarisi skuad Piala Dunia Qatar 2022.

Luis Enrique yang dipecat susulan tersingkirnya Sepanyol di pusingan kedua susulan kekalahan kepada Maghribi, membawa 26 pemain ke Qatar dengan beberapa nama berprofil tinggi disisihkan termasuk David De Gea, Sergio Ramos, Thiago Alcantara, Isco dan ramai lagi yang berada di prestasi terbaik.

Bercakap kepada media Sepanyol, Ibai Llanos jika dia mahu mengubah apa-apa seandainya berpeluang memutar semula masa, Luiq Enrique tanpa berselindung menyatakan dia mahu menggugurkan seorang pemain.

Advertisements

“Ya, biar saya jujur sahaja dengan anda, ada seorang pemain, tetapi saya tidak akan sebut namanya. Hanya dia seorang tidak menepati apa yang saya mahukan dan saya sepatutnya senaraikan pemain lain daripada membawa dia.

“Pendapat peribadi saya, ada seorang pemain lain yang lebih baik dari dia yang saya suka, dan saya menunggu sehingga saat akhir sebelum buat keputusan. Bukanlah saya nak kata pemain ini berperangai buruk, cuma dia tidak menepati harapan yang saya letakkan. Itu sahaja,” kata Luis Enrique.

Pendedahan Luis Enrique pantas menjadi spekulasi, siapakah pemain yang dia maksudkan?

Advertisements

Penyokong-penyokong mula memetik nama pemain-pemain yang tidak membuat sebarang penampilan iaitu Eric Garcia, Hugo Guillamon dan Yeremy Pino sebagai pemain yang dimaksudkan, tetapi beberapa portal terkemuka Sepanyol pula mempunyai pandangan berbeza.

Mundo Deportivo beranggapan pemilihan pemain bersifat berat sebelah kerana terlalu ramai pemain Barcelona disenaraikan, dan mendakwa Luis Enrique mengamalkan pilih kasih.

Barca Blaugranes pula membuat andaian Luis Enrique memaksudkan Ansu Fati kerana pemain muda Barcelona itu tidak cukup cergas dan disenaraikan pada saat akhir, menyisihkan Borja Iglesias yang lebih menyerlah bersama Real Betis.

Advertisements

Ansu Fati tidak membawa impak sepertimana diharapkan dan secara keseluruhannya bermain hanya 44 minit di Qatar, kesemuanya masuk sebagai pemain gantian.

Luis Enrique juga mengambil kesempatan memuji prestasi pemain-pemain seperti Pedri, Alvaro Morata dan Marco Asensio sambil menyatakan dia sepatutnya memberikan lebih minit permainan kepada pemain sayap PSG, Pedro Sarabia.

Sarabia tidak bermain dalam satupun perlawanan peringkat kumpulan dan hanya diturunkan ketika minit akhir perlawanan menentang Maghribi.

Advertisements

“Ia adalah satu lagi kesilapan, dia berhak untuk mendapat lebih dari lima minit yang saya berikan kepada dia. Kalau diikutkan dia boleh bermula di dalam kesebelasan. Saya bukan mahu meratap, siapapun bermain mungkin keputusan (menentang Maghribi) tetap sama, cuma saya bercakap tentang hak dan peluang yang sewajarnya dia dapat,” kata pengendali berusia 52 tahun itu.

Penampilan Sepanyol di Piala Dunia kali ini, menyaksikan mereka hanya menang sekali iaitu ketika berpesta gol 7-0 ke atas Costa Rica; dan selepas itu seri menentang Jerman, tewas kepada Jepun dan disingkirkan Maghribi menerusi penentuan penalti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram