Pemilik kelab bola sepak Kelantan FC, Norisam Tukiman atau lebih mesra dikenali sebagai Zamsaham tampil untuk memberi penjelasan mengenai situasi yang beliau sendiri pernah lalui sepanjang berkecimpung dalam dunia pengurusan bola sepak di Malaysia.
Dalam beberapa kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook miliknya, beliau ada mengulas mengenai proses penswastaan yang sedang berlaku dalam kancah bola sepak di negara kita namun secara terbuka menjelaskan bahawa ianya tidak terarah ke haluan yang positif atas beberapa sebab tertentu .
Penjelasan ini juga berkait dengan perjalanan beliau yang menerajui pasukan The Red Warrior yang kini beraksi di Liga Premier sudah cukup mengulas mengenai isu ini.
‘Saya rasa penswastaan bola sepak di Malaysia ini tidak teratur kerana banyak sebab.’
‘Saya dah laluinya dan saya nampak potensi kegagalan penswastaan bola sepak di Malaysia.’
Tambahnya lagi, beliau masih tidak dapat mengenal pasti peranan yang sedang dimainkan oleh Pesatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sama ada wujud atau tidak dalam proses penswastaan yang sedang dimaksudkan.
‘Saya bukan nak duit FAM, saya lalui sendiri proses penswastaan dan saya tahu tahap mana mereka membantu.’
Kini, beliau juga sedang merencanakan pelbagai usaha dalam memastikan bahawa kelabnya berada di landasan terbaik dalam memastikan bahawa impian untuk naik ke Liga Super bagi tahun 2023 tercapai.
Ini juga termasuklah melangsaikan hutang-hutang yang tertunggak oleh kelab yang melibatkan pemain-pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan kelab sudah pun selesai sepenuhnya.