Advertisement

Follow us:

“Saya Selamanya Berhutang Kepada TMJ”- Safawi Rasid

Safawi Rasid TMJ "Saya Selamanya Berhutang Kepada TMJ"- Safawi Rasid
JST
Nabil Fahmi
@nabilfamy
3:56pm 25/12/2022
Pivo

Umum mengetahui bahawa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bakal berkelana ke kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC bagi musim hadapan. Perpindahan tersebut merupakan perpindahan pinjaman dari JDT.

Namun sebentar tadi, Safawi ada memuatnaik satu status di laman instagram beliau seolah-olah memberi gambaran bahawa beliau akan meninggalkan JDT. Safawi juga merakamkan ucapan penghargaan luar biasa kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim atau dikenali dengan gelaran TMJ.

“Terima kasih @officialjohor (JDT). Ini adalah hari yang penuh emosi bagi saya. Saya selamanya berhutang atas apa yang @hrhcrownprinceofjohor (TMJ) telah lakukan untuk saya dalam kerjaya saya.

“Terima kasih kerana sentiasa menasihati saya dan mahukan yang terbaik untuk kerjaya saya. Kenangan terbaik saya dalam bola sepak adalah bersama kelab yang menakjubkan ini. Sudah tiba masanya untuk cabaran baharu. Ini bukan selamat tinggal. Jumpa lagi,” coret Safawi di laman instagram beliau.

Musim ini bukanlah musim yang baik buat Safawi apabila beliau lebih banyak memanaskan bangku simpanan pasukan JDT dan persaingan sengit di sayap kanan juga memaksa Safawi acap kali diturunkan sebagai pemain tengah menyerang.

Sebelum ini arena bola sepak Malaysia dikejutkan dengan kenyataan daripada Safawi yang meluahkan isi hati beliau. Safawi mengakui bahawa dirinya mahu beraksi dengan lebih kerap untuk memperoleh lebih minit permainan.