Ads
“Saya Seram, Lebih Baik Main Bola Semula” – Amri Yahyah
Liga A1
PT Athletic

Pemain berpengalaman PT Athletic FC, Amri Yahyah mengakui memilih untuk bermain bola sepak semula daripada menceburi bidang lain.

Advertisements

Tonggak berusia 43 tahun itu meledak dua gol ketika membantu PT Athletic menewaskan Bukit Tambun dengan keputusan 3-1.

Advertisements

Beliau menjadi watak penting pasukan kendalian Nazrulerwan Makmur yang meraih 3 mata pertama musim ini.

Advertisements
Advertisements

Menerusi satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, bekas pemain Sabah FC ini berkongsi sebab kembali bermain bola sepak semula.

“Itu semua rahsia, ramai yang panggil saya untuk buat itu dan ini dan ia membuatkan saya seram.

Advertisements

“Lebih baik saya kembali bermain bola daripada saya memberi komen tentang benda-benda yang tidak sepatutnya,” jelasnya kepada Astro Arena.

Amri juga memberitahu bahawa terdapat beberapa pujukan daripada rakan sepasukan PT Athletic yang mahu melihat beliau kembali bermain bola sepak.

“Ramai kawan-kawan dalam pasukan ini ajak lepak sampai 2-3 pagi, saya tanya untuk apa, rupanya untuk beraksi buat pasukan ini,” ujarnya.

Advertisements

PT Athletic akan bertemu Harini FT pada 22 Jum 2024 bagi aksi kedua Liga A1 Semi Pro 2024/25.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram