“Saya Tak Mahu Pemain Saya Diganggu” – Ong Kim Swee
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Sabah FC akan meneruskan saingan Piala AFC untuk bertemu pasukan dari Indonesia, PSM Makassar pada esok (13 Disember) di Stadium Likas.

Biarpun sudah layak ke peringkat kalah mati zon Asia Tenggara, namun ianya bukanlah tiket buat Sabah untuk memandang enteng perlawanan terakhir kumpulan H ini.

Bagi jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, beliau mahu anak-anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan yang berjaya dicipta dalam beberapa perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

Advertisements

“Kita tahu ini perlawanan terakhir dan penting untuk kita mengekalkan momentum (kemenangan) kita seperti mana yang kita lakukan ketika bertemu Hougang United sebelum ini.

“Lebih-lebih lagi, kita akan ada perlawanan yang penting pada Ahad nanti (menentang Kedah Darul Aman FC) dalam saingan liga,” jelas Kim Swee dalam sidang media pra perlawanan sebentar tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, Kim Swee juga menegaskan bahawa beliau tidak mahu pemain-pemainnya diganggu dengan berita perpindahan untuk musim 2024 memandangkan mereka masih mempunyai dua perlawanan penting untuk diselesaikan.

“Kebanyakan pemain Sabah mempunyai kontrak sehingga penghujung 2024. Jika ura-ura itu datang dari media sosial, ianya tidak boleh dipercayai.

Advertisements

“Jika ada pasukan yang berminat dengan pemain Sabah, saya mahu mereka melakukannya secara profesional.

“Dengan adanya perlawanan-perlawanan penting seperti esok dan perlawanan terakhir liga, saya tidak mahu para pemain saya diganggu. Saya harap semua pihak faham,” tegas Kim Swee lagi.

Advertisements

Sabah kini memimpin Kumpulan I Piala AFC dengan mengumpul 12 mata dan layak ke peringkat kalah mati. Manakala bagi saingan Liga Super, Sabah kini sedang merebut tempat ketiga yang kini dipegang Kedah.

Perlawanan menentang Kedah pada 17 Disember ini bakal menoktahkan pasukan manakah yang bakal mengakhiri saingan liga di tangga ketiga. Ini kerana kedua-dua pasukan hanya dibezakan dua mata dan Sabah memerlukan kemenangan untuk mencapai sasaran tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram