“Saya Tak Peduli” – Pep Guardiola
EPL
Stadium Astro
Advertisements

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tetap berpuas hati dengan aksi pasukannya walaupun tewas dalam 1 aksi derbi Manchester di Old Trafford.

“Kami bermain dengan baik. Tahap pemain kami apabila menentang mereka (Manchester United) adalah sentiasa baik.

“Tahniah pada pasukan (Manchester United), ia membanggakan untuk hadir ke sini (Old Trafford) dan beraksi dengan personaliti tersendiri, mereka berlari belakang kami dan hormati 1 aksi, kami tetap bermain dengan transisi.

Advertisements

Beliau turut berpendapat, Rashford berada dalam keadaan offside namun enggan mempersoalkan tindakan pengadil yang membenarkan jaringan Bruno Fernandes.

“Rashford offside, Bruno tidak. Dia menggangu penjaga gawang kami dan pertahanan tengah. Jadi saya tidak pasti undang-undang mana satu.

Pep Guardiola dengan nada sinis juga tidak peduli dengan keputusan perlawanan dengan sudah memenangi pelbagai kejuaraan.

Advertisements

“Saya tidak peduli dengan Liga Perdana & Piala Carabao. Kami tidak mampu memenanginya. Kami sudah memenangi banyak perlawanan, jadi ianya bukan masalah. Sentiasa fokus dengan bagaimana cara kami bekerja,” ujar Pep sejurus perlawanan tamat.

Dalam aksi derbi Manchester sebentar tadi, Manchester United bangkit dari ketinggalan menewaskan musuh utama, Manchester City 2-1 di Old Trafford sekaligus naik beberapa anak tangga ke tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram