“Saya Tak Puas Hati”- Arif Aiman
Dunia
JST
Advertisements

Disebalik kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala Malaysia menewaskan Selangor FC semalam, aksi pemain sayap muda lincah, Arif Aiman sering menjadi perhatian para peminat bola sepak tanah air. Skil, kelajuan dan kelincahan Arif pasti akan menambah lagi keletihan barisan pertahanan lawan terutamanya pertahanan kiri.

Namun bagi Arif Aiman, beliau masih belum berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan semalam. Beliau menanam tekad dalam diri untuk terus belajar dan memperbaiki kelemahan yang ada

“Saya masih tak puas hati dengan prestasi saya. Selepas ini, saya akan mengambil masa untuk memperbaiki kelemahan saya dan bermain dengan lebih baik pada perlawanan yang akan datang,” jelas Arif Aiman selepas tamat perlawanan.

Advertisements

Pada aksi final semalam, Arif telah dikawal dengan agak ketat oleh pemain pertahanan kiri Selangor, Fazly Mazlan namun variasi gerakan yang ditampilkan Arif akhirnya berjaya membantu pasukan JDT mendapatkan gol.

Dalam pada itu, Arif merasakan tahun ini merupakan tahun yang amat bermakna buat karier bolasepaknya selepas JDT berjaya merangkul kesemua piala yang dipertandingkan di Liga Malaysia.

“Tahun ini amat bermakna bagi saya. Saya akan ingat sampai bila-bila dalam karier saya. Sebab di usia muda macam saya, jarang orang dapat peluang macam ini. Jadi saya akan gunakan peluang ini untuk lebih maju pada masa akan datang,” luahnya lagi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram