“Saya Tidak Gembira” – Hannah Yeoh
UltraSukan
UltraSukan
KBS
Advertisements

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa kecewa selepas menerima maklumat tentang insiden pergaduhan dalam saingan Liga Superimau FAM B-16 baru-baru ini.

@fariszukeiman

Ada sebab mengapa Elias Dolah memilih Thailand berbanding Malaysia. Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #EliasDolah #Thailand #Changsuek #HarimauMalaya

Advertisements
♬ suara asli – 𝐌 𝐀 𝐗 🎧 – 𝑳 𝒊 𝒏 𝒉 ✨

Insiden pergaduhan itu tular di media sosial di mana ia bukan saja membabitkan pemain kedua-dua pasukan yang bertanding.

Malah, berdasarkan rakaman video yang dinyatakan, ia turut disertai oleh barisan jurulatih dan penyokong kedua-dua pasukan.

Advertisements

Hannah memandang serius perkara berkenaan memandangkan ini berlaku dalam pertandingan akar umbi.

Perkara ini perlu ditangani segera kerana ini menjejaskan pembangunan sahsiah atlet negara terutama pemain bola sepak.

Advertisements

“Saya tak gembira. Saya tidak akan bertoleransi, saya sedang tunggu laporan penuh daripada pihak penganjur, jika ia perlu melibatkan polis, ia akan di lakukan dengan kadar segera.

“Jika pembentukan atlet dipalit dengan isu sebegini, bagaimana kita mahu melahirkan jagoan negara yang memiliki sikap sebenar sebagai seorang atlit bertaraf dunia?” katanya selepas majlis perasmian Kejohanan Antarabangsa Honour of Kings 2023 di MSN Bukit Jalil semalam.

Advertisements

Liga Suparimau ialah siri liga bola sepak remaja berumur dari 5 hingga 17 tahun yang dipertandingkan sejak tahun 2022.

Liga ini selaras dengan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membangunkan akar umbi bola sepak di Malaysia.

Advertisements

News Comments Account