Ads
Dunia
Bayern Munchen

Rasa rindu kasih dan juga sayang bekas bintang sensasi Liverpool, Sadio Mane terhadap bekas majikannya tidak pernah pudar.

Advertisements

Bintang sensasi Senegal itu kini sudah pun beraksi bersama juara Bundesliga, Bayern Munich selepas melengkapkan perpindahan bernilai sekitar 30 Juta Euro musim panas lalu.

Advertisements

Mane segera menyesuaikan diri dengan kelab baharunya itu sungguhpun kini lebih banyak beraksi selaku penyerang tengah untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robert Lewandowski.

Advertisements

Advertisements

Menerusi satu hantara yang dimuat naik di media sosial, pemain berusia 30 tahun itu sedang dalam perjalanan menuju ke stadium.

Beliau kemudiannya sempat melayani karenah peminat yang meminta Mane menandatangani jersi, cenderamata dan lain-lain.

Advertisements

Walau bagaimanapun, beliau mencuri perhatian apabila bersetuju untuk menandatangani bendera Liverpool yang dihulurkan oleh peminat.

Mane juga kelihatan tersenyum sebelum bergegas ke stadium untuk menyertai persediaan pasukan.

Gelagat pemain kesayangan The Reds ini mendapat respon yang pelbagai oleh para peminat yang merasakan cintanya buat Liverpool tidak pernah padam.

Advertisements

Ketika ini, barisan serangan Liverpool kelihatan stabil tanpa Mane dengan kemasukan muka baharu seperti Darwin Nunez.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram