Scouting Antarabangsa Kagum Lihat Aksi Arif Aiman
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Agensi bebas scouting pemain bola sepak antarabangsa, RD Football Scout sifatkan Arif Aiman sebagai pemain muda dari Asia yang mengagumkan.

Menurut RD Football Scout yang memiliki lebih 40,000 pengikut di Twitter, Arif Aiman beraksi di posisi RWB dengan sempurna dan beliau melengkapi 4 ciri yang diperlukan pada posisi berkenaan.

Agensi terbabit turut menyenaraikan 4 ciri-ciri tersebut iaitu set kemahiran teknikal, 1v1 yang baik dalam dan luar, track-back (pemain di bahagian serangan cuba merampas bola dari pertahanan) dan kemahiran hantaran bola yang sangat baik.

Advertisements

Berdasarkan ciapan yang dibuat pada 16 April 2023 terbabit, mereka membuat analisis Arif berdasarkan prestasi perlawanan JDT bertemu Kedah pada 9 April 2023 di mana JDT berjaya memenangi perlawanan tersebut 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Pada aksi menentang Kedah tersebut, Arif beraksi sangat baik dan turut berjaya memenangi perebutan bola dengan pemain Kedah termasuklah pemain import yang memiliki fizikal lebih baik berbanding Arif Aiman.

Setakat ini, Arif Aiman telah beraksi sebanyak 8 perlawanan Liga Super musim ini dengan jumlah minit permainan sebanyak 711:57 dan berjaya menjaringkan 5 gol dan 5 bantuan gol untuk saingan Liga Super 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram