Sean Giannelli Mampu Beraksi Di Pelbagai Posisi Bersama KL City
Dunia
KL City FC
Advertisements

Semalam, Sean Giannelli membuat kemunculan pertama bersama KL City dalam perlawanan persahabatan menentang Terengganu. Walaupun perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 0-0, Sean berharap itu merupakan permulaan membantu City Boys menghadapi saingan liga musim ini.

Beraksi dengan Sri Pahang pada musim lepas dan UiTM secara pinjaman pada musim 2021, dia melihat peluang beraksi semula bersama KL City seperti kembali ke rumah.

“Rasa seperti berada di rumah. Rasa seronok kembali semula ke sini. Saya telah melihat banyak penambahbaikan setakat ini jika dibandingkan tempoh dua tahun sebelumnya saya berada di sini.

Advertisements

“Saya rasa seronok kembali bersama pasukan. Tak sabar untuk menghadapi musim baru liga,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan KL City-Terengganu semalam.

Bila ditanya tentang sasarannya musim ini, Sean berharap dapat bermain sekerap yang boleh dalam Liga Super musim ini.

Advertisements

“Sasaran peribadi saya ialah bermain seberapa banyak perlawanan dan membantu pasukan. Pasukan menunjukkan kecemerlangan dalam Piala AFC (2022) dan Piala Malaysia tahun sebelumnya. Jadi, bagi saya, saya ingin membantu pasukan bersaing dalam pertandingan ini (Liga Malaysia).

“Semua orang mensasarkan peluang jadi penjaring gol terbanyak untuk pemain tempatan. Tetapi bagi saya, untuk tahun ini, saya boleh bermain di bek kanan atau di sayap kanan. Jadi, untuk tahun ini, ia bukan sekadar menjaringkan gol atau mendapatkan bantuan gol.

Advertisements

“Hanya dapatkan seberapa banyak minit perlawanan dan kadang-kadang, ia boleh membawa kepada panggilan skuad kebangsaan. Ia sememangnya satu sasaran tetapi ia perlu disertakan dengan perlawanan. Jadi, kita lihat dulu,” katanya.

Dengan bilangan perlawanan yang bertambah disebabkan perubahan jadual pertandingan yang dibuat MFL, Sean melihatnya sebagai satu berita baik kepada para pemain. Ini kerana lebih ramai pemain dapat dimanfaatkan dalam setiap pertandingan yang diatur.

Advertisements

“Ia akan menjadi satu musim yang panjang. Amat sukar tetapi bagi saya, ia perkara positif untuk pemain dan perkara baru yang perlu difikirkan jurulatih.

“Saya rasa tidak sabar untuk beraksi. Tetapi pada masa sama, ia musim yang panjang dan kita lihat bagaimana ia berlaku,” ujarnya.

Seperti mana-mana pemain lain, Sean juga mengidam beraksi bersama Harimau Malaya. Tetapi dia perlu beraksi dengan kerap dan konsisten sekiranya mahu menambat hati jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon.

“Ya, semua orang mahukannya. Tetapi terpulang kepada jurulatih (Kim Pan-gon). Saya hanya boleh lakukan bahagian saya. Apa yang akan terjadi selepas itu, terpulang,” katanya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram