Sean Giannelli Tinggalkan KL City, Dikaitkan Dengan Sri Pahang
Dunia
klcityfootball
Advertisements

Pemain berumur 25 tahun, Sean Giannelli umum telah meninggalkan pasukan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City selepas 2 tahun berkelana di sana.

Perkara ini diumumkan dalam laman rasmi Instagram peribadi pemain tengah itu. Beliau menyatakan bahawa akan berhijrah ke pasukan baru musim hadapan.

Sean adalah sebahagian daripada skuad juara Piala Malaysia. Beliau telah bersama KL City sejak 2020 sebelum dipinjamkan ke pasukan UiTM FC dalam saingan liga super musim lepas. Beliau kurang diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama KL City dimana hanya membuat 9 penampilan serta berjaya menjaringkan tiga gol sahaja.

Advertisements

Menurut kenyataan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa difamakan Sean Giannelli bakal menyertai pasukan Sri Pahang oleh kerana Sean ada menerima tawran daripada skuad Tok Gajah itu. Namun, belum ada perkara yang rasmi untuk disahkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram