Advertisement
Sebab Benzema Ke Liga Saudi
Asia
MakanBola
Usamah Muwaḥḥidiy

Penyerang sensasi dunia, Karim Benzema akhirnya tampil menjelaskan beberapa sebab mengapa beliau memilih untuk berhijrah ke Liga Saudi.

Selepas menamatkan musim indah bersama Real Madrid, pemain berusia 35 tahun ini menyertai Al-Ittihad sebagai destinasi seterusnya dalam karier. Benzema secara sah telah diumumkan sebagai pemain Al-Ittihad dengan kontrak selama dua tahun dan bayaran tahunan yang dianggarkan sejumlah £345 juta (RM1.9 bilion).

Ketika ditanya mengenai keputusannya ke Liga Saudi, penyerang dari Perancis ini memilih Saudi kerana baginya Arab Saudi merupakan sebuah negara yang baik untuk beliau menetap sebagai seorang Muslim.

“Kenapa Saudi? Kerana saya seorang Muslim dan ini (Saudi) adalah negara Muslim. Saya sentiasa nak hidup dalam negara Muslim,” ujar Benzema.

Benzema juga bersyukur beliau akan lebih dekat dengan bumi Mekah yang mana memberi kelebihan serta memudahkan urusan buat beliau melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Pemenang anugerah Ballon d’Or 2022 ini telah menempa nama di Real Madrid selama 14 tahun dan berjaya memenangi banyak trofi La Liga, Copa Del Rey, Supercopa Espana, UEFA SuperCup, FIFA Club World Cup dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Kini Benzema bakal perkuat jentera serangan juara Liga Pro Saudi 2022/2023, Al Ittihad bagi musim depan.