Blog
Credit ©INPHO/Ryan Byrne
Advertisements

League Of Ireland – Liga yang boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuk pemain Malaysia berkelana ke Eropah.

Berita-berita berkaitan perginya pemain Malaysia ke Eropah untuk mencari pengalaman seperti Luqman Hakim dan Rafieq Amzar merupakan antara berita yang menggembirakan peminat bola sepak Malaysia dan pemain seperti ini sewajarnya diberikan pujian atas keberanian mereka membangunkan bakat sendiri.

Nota: Artikel ini diterbitkan pada 28 Februari 2020 dan dikemas kini pada 6 Julai 2022.

Advertisements

Impian untuk melihat lebih ramai pemain Malaysia beraksi di eropah boleh direalisasikan sekiranya pemain Malaysia mengambil kira kelebihan yang ada di Liga Ireland.

Luqman Hakim yang kini beraksi untuk KV Kortrijk dan Rafieq Amzar yang bermain di NK Zvijezda Gradačac merupakan salah satu tanda peluang luas buat pemain Asia Tenggara berkelana di Eropah.

Namun kerisauan untuk mendapatkan minit permainan perlu diambil kira berikutan saiz fizikal dan saingan kuat di eropah. Bukan tugas mudah.

Advertisements
league of ireland 6 Sebab Mengapa Liga Ireland Sesuai Untuk Pemain Malaysia Bertapak di Eropah
2018 SSE Airtricity League Season Launch, Aviva Stadium, Dublin 13/2/2018 (Back row L-R) St. Pats’ Ian Bermingham, Bray’s Hugh Douglas, Derry’s Gavin Peers, Limerick’s Eoin Wearen, Waterford’s John Martin and Derek Pender of Bohs. (Front row L-R) Rovers’ Trevor Clarke, Dundalk’s Stephen O’Donnell, Cork’s Conor McCormack and Raffaele Cretaro of Sligo Mandatory Credit ©INPHO/Ryan Byrne

Faktornya mungkin disebabkan oleh pemain gagal beradaptasi dengan cuaca dan juga masalah bahasa untuk berkomunikasi dengan pemain lain . Oleh itu mungkin League Of Ireland boleh menjadi liga yang sesuai untuk pemain Malaysia memulakan karier di eropah.

Antara sebab penulis mengesyorkan League Of Ireland ialah :

1. Bahasa

Umum tahu bahawa di Ireland, penggunaan bahasa harian menggunakan bahasa Inggeris. Dan bahasa penjajah ini tidak akan menjadi masalah yang besar buat pemain Malaysia untuk bermain di liga ini dan berkomunikasi bersama rakan sepasukan berbanding liga lain yang bahasa sehariannya bukan bahasa Inggeris .

Advertisements

2. Terdapat ramai rakyat Malaysia yang berkerja/belajar di Ireland .

Pemain Malaysia yang bermain di liga Ireland pasti tidak akan berasa terasing kerana ramai lagi warganegara Malaysia yang berada di Ireland. Sekiranya pemain tersebut beragama Islam, pasti dia tidak berasa sedih tidak dapat beraya di kampung halaman kerana dia masih dapat beraya bersama-sama dengan warganegara Malaysia yang berada di Ireland.

Malah pemain juga tidak akan mengalami masalah makanan halal kerana terdapat lebih 60,000 populasi orang Islam di Ireland mengikut data yang dikeluarkan pada tahun 2016.

3. Gaji dan Kemudahan Asas

Pemain-pemain di Liga Ireland menerima gaji melebihi 2,000 GBP per minggu untuk kelab yang bermain di liga utama. Pemain Malaysia yang ingin beraksi di League of Ireland mungkin akan menerima gaji sekitar 1,000 GBP atau lebih per minggu. Walaupun gaji yang diterima mungkin kurang berbanding liga Malaysia, namun pemain akan menerima kemudahan rumah dan kereta daripada kelab. Kemudahan dan fasiliti latihan di liga ini juga lebih baik berbanding di Malaysia. Pemain juga dapat mencari pengalaman dan meningkatkan mutu permainan ketika mewakili negara.

Advertisements

4. Peluang bermain di UCL/UEL

Juara Premier Division ( 1st Division ) akan beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara UEFA manakala juara Piala FA akan bermain di pusingan kelayakan Liga Europa. Jadi pemain dapat merasai nikmat bermain di UCL/UEL sekiranya kelab yang diwakili mereka memenangi salah satu kejohanan di Ireland.

5. Dapat membuka mata kelab-kelab lain di Liga Eropah.

Sekiranya pemain Malaysia menunjukkan aksi yang baik, tidak mustahil kelab-kelab di liga utama Eropah akan tertarik. Sebagai rekod, terdapat pemain di Liga Perdana Inggeris dan Championship yang memulai karier mereka di League Of Ireland. Malah ada juga yang memulai karier mereka sebelum bermain di liga Perancis, Jerman dan Sepanyol.

6. Peluang Kesebelasan Utama

Liga Ireland boleh dikategorikan sebagai liga yang sederhana sukar untuk pemain Asia membuktikan kehebatan mereka. Pemain sedia ada di sana kebanyakannya bukanlah pemain ternama dunia namun terdapat ramai pemain hebat yang asalnya bermain di Liga Ireland seperti Bobby Charlton, Roy Keane dan Damien Duff.

Mungkin suatu hari nanti kita akan melihat ramai pemain muda dari Malaysia seperti Akhyar Rashid, Ramadhan Saifullah dan Mukhairi Ajmal bermain di liga-liga utama di Eropah seterusnya mengharumkan nama Malaysia di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram