“Sebab Mereka Saya Ada Jiwa Untuk Bermain” – Azmeer Yusof
Dunia
Kedah FA
Advertisements

Bekas pertahanan Kedah Darul Aman FC, Azmeer Yusof memberitahu bahawa beliau benar-benar ‘jatuh cinta’ dalam beraksi bola sepak suatu ketika dahulu.

Pemain berusia 32 tahun itu kini beraksi bersama salah sebuah pasukan di Liga M3 mengakui amat menagih sokongan peminat dalam memastikan dapat tampil dengan aksi terbaik.

Hal ini disebabkan, beliau dapat merasai kehadiran dan sokongan yang diberikan terhadapnya semasa beraksi bersama skuad Hijau Kuning.

Advertisements

Hal ini dizahirnya oleh beliau menerusi satu hantaran yang dimuat menerusi laman tiktok rasminya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Azmeer yang merakam sendiri detik kehadiran penyokong Kedah yang sentiasa menjadi tulang belakang pasukan.

“Sebab mereka saya ada jiwa untuk bermain,” jelasnya.

Advertisements

Azmeer juga memberitahu bahawa rakaman pada separuh akhir Piala Malaysia beberapa tahun lalu ini menjadi antara detik terbaik buat dirinya sebagai seorang pemain profesional.

“Mungkin anda tidak rasa sumbangan anda besar, tetapi ketahuilah sokongan anda sangat-sangat meresapi ke dalam jiwa pemain.”

Azmeer menikmati perjalanan karier yang baik di Kedah setelah beraksi dua kali iaitu pada tahun 2016 dan juga 2019.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram