Warga Australia Puji Fasiliti Johor Darul Ta’zim

sebastian hassett johor darul takzim Warga Australia Puji Fasiliti Johor Darul Ta'zim
Foto: TheWorldGame.sbs.com.au

Sebastian Hassett, Ketua Hubungan Kerajaan dan Fasiliti Bola Sepak Victoria di Australia memberikan pujian kepada usaha Johor Darul Ta’zim dalam membangunkan fasiliti sukan bertaraf dunia di rantau ASEAN.

Hassett memberikan maklum balas kepada video pejabat kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim yang dimuat naik di Twitter oleh @OfficialJohor.

Expand player

“Apabila pandemik ini berakhir, saya berjanji akan terbang ke Johor untuk berjumpa dengan TMJ.”

“Ini adalah penanda aras untuk rantau ini dan ia seharusnya menjadi inspirasi untuk kita semua. Inilah contoh cita-cita bertaraf dunia yang ingin kita lihat untuk kelab-kelab di ASEAN.” Jelas Sebastian di Twitter.

Sebastian Hassett juga ingin kelab bola sepak di ASEAN memberikan fokus kepada pelaburan berkaitan infrastruktur dan menyifatkan JDT sebagai contoh dan pemangkin di rantau ini.

“Saya berpendapat ianya akan menjadi pemangkin kepada rantau ini agar mula mengambil pelaburan infrastruktur dengan serius. Ini adalah contoh apa yang boleh dicapai apabila anda meletakkan bola sepak sebagai keutamaan. @OfficialJohor sedang menikmatinya sekarang – tetapi ia bakal meningkatkan bola sepak Malaysia dan ASEAN.”