Foto skuad Harimau Malaya mencuri tumpuan selepas peminat tertanya-tanya individu yang berdiri di sebelah pertahanan negara, Dion Cools.
Pasukan kebangsaan mengharungi kempen cemerlang selepas menundukkan jaguh Asia Tenggara, Vietnam dengan keputusan 4-0 pada aksi Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Malaysia kini menduduki tangga teratas kumpulan hasil dua kemenangan awal sekali gus mencerahkan peluang untuk mara ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.
Satu hantaran terbaru daripada Malaysia NT berhubung Hari Keputeraan DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor telah mencuri tumpuan.
“Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
“Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan, dan sentiasa dirahmati Allah SWT,” tulis hantaran tersebut.
Peminat bagaimanapun memasang mata terhadap individu yang berdiri di sebelah pertahanan kanan negara, Dion Cools selepas kelihatan dengan penampilan berbeza.
“Siapa yang berdiri di sebelah Dion Cools itu,” ujar peminat yang dikenali sebagai minatbolaaa.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah La’Vere Corbin-ong yang tampil dengan gaya berbeza selain bahagian kepalanya dibaluti dengan sarung kepala.
Tonggak berusia 34 tahun itu tampil cemerlang ketika aksi berdepan Vietnam menerusi satu jaringan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Ujian seterusnya buat Harimau Malaya adalah aksi CAFA Nations Cup selaku pasukan jemputan bersama Oman.