Sebenarnya Sabah Merupakan Mangsa Ketiga JDT
Blog
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan dramatik sememangnya tidak lari dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas semalam juga menyaksikan sekali lagi gol minit akhir perlawanan menjadi pemisah kedua-dua pasukan.

Sabah bukanlah mangsa pertama gol minit akhir dari JDT. Sebelum ini, JDT telah menjaringkan gol kemenangan di saat akhir perlawanan dalam dua perlawanan iaitu ketika menentang Ulsan Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan ketika menentang Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super.

https://twitter.com/MedioVideo/status/1524647674426757120

Dalam tiga jaringan kemenangan minit akhir yang dihasilkan JDT, dua daripadanya dihasilkan melalui pemain paling mahal Liga Super iaitu Fernando Forestieri.

Advertisements

Fernando Forestieri sememangnya seorang pemain yang versatil. Beliau mempunyai segala-galanya dan kudrat beliau amat diperlukan oleh JDT sehingga ke wisel penamat.

Mentaliti menyerang yang diterapkan JDT juga berjaya memerangkap lawan yang mula bertahan dalam 10 minit terakhir sebelum wisel penamat ditiup.

Ini bermakna selagi JDT belum mencapai kemenangan, mereka akan terus menyerang untuk mencari tiga mata berharga dan mereka berjaya melakukannya beberapa kali termasuk perlawanan menentang Sabah semalam.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram