Sekurang-kurangnya Malaysia Tidak Dungu & Statik Seperti Dahulu
Blog
FA Malaysia
Advertisements

Pendapat: Kekalahan kepada Singapura 2-1 menghasilkan reaksi berbeza penyokong bola sepak Malaysia. Sebahagiannya memberikan reaksi positif dan memahami kepada proses penerapan DNA Malaysia yang ingin diterapkan Kim Pan-gon.

Bagi penyokong yang melihat pembangunan bola sepak sebagai satu proses, Malaysia dinilai sebagai pasukan yang berani dan mempunyai variasi permainan yang pelbagai berbanding dulu yang terlalu fokus kepada penguasaan bola semata-mata.

Bersesuaian dengan bola sepak moden yang tidak statik dan bergerak melakukam serangan sebagai sebuah pasukan, era Kim Pan-gon sudahpun bermula hanya selepas 8 hari berlatih bersama.

Advertisements

Kim Pan-gon berjaya mencetuskan satu corak permainan pantas dan ‘high-press’ yang jarang berlaku dalam kancah bola sepak Malaysia.

Pemain bebas ke kiri dan ke kanan, ke atas dan ke bawah dan setiap pemain mula menunjukkan pemahaman tinggi tidak sampai sebulan di bawah didikan Kim Pan-gon.

Statistik percubaan Malaysia dan Filipina; Tidak mempunya data yang tepat namun Malaysia menguasai hampir 70% penguasaan bola dan melakukan lebih 6 percubaan berbahaya.

Advertisements

Statistik percubaan Singapura dan Malaysia; Singapura berjaya memperoleh 2 percubaan tepat manakala Malaysia berjaya memperoleh 5 percubaan tepat.

Kekalahan kepada Singapura adalah sesuatu yang boleh dijangka kerana mereka memiliki barisan pemain yang cukup baik terutamanya trio anak Fandi Ahmad.

Kim Pan-gon juga masih sedang memahami para pemainnya dan sudah tentu beliau akan cuba beberapa pemain baru pada masa akan datang.

Advertisements

Bulan Mei

Selepas beberapa bulan, hampir keseluruhan pemain di Malaysia mula memiliki minit yang diperlukan dan penganalisis Kim Pan-gon pasti sudah memiliki data para pemain dengan lebih lengkap berbanding sekarang.

Pokoknya kita sebagai penyokong perlu faham dan percaya pada proses. Jika dulu corak serangan Harimau Malaya lebih tertumpu kepada 1 atau 2 corak, kini sekurang-kurangnya ianya dalam banyak bentuk.

Advertisements

Harimau Malaya, love.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram