Selamat Tinggal Barracuda

August 27, 2019

Rakyat Malaysia pasti akan merindui kereta perisai tentera atau lebih dikenali dengan panggilan barracuda apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang telah dua kali mengadakan pertemuan dengan PSSI dan pihak polis Indonesia hari ini menyatakan berpuas hati dengan jaminan keselamatan yang diberikan.

Isu nyawa dan keselamatan bukanlah isu yang boleh dipandang ringan dan FAM sebelum ini beberapa kali meletakkan syarat dan meminta PSSI agar memandang berat isu keselamatan.

Foto PSSI.ORG

“Kami akan berupaya maksimal agar pertandingan kedua tim berjalan dengan baik, lancar, aman dan tertib. Kami akan mengakomodasi beberapa permintaan FAM terkait pelaksaan pertandingan, sesuai dengan regulasi,” jelas Sekretariats Jeneral PSSI, Tisha Destria pada pada Selasa (20/8) di Jakarta.

Dengan inisiatif dan kerjasama baik daripada PSSI dan pihak berkuasa Indonesia dalam hal berkaitan keselamatan ini, isu keselamatan penyokong dan pemain Malaysia dapat diselesaikan.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
201 views

By Syafiq Freman
@syafiqfreman

Terbaru