Selamat Tinggal Sri Pahang
MakanBola
Sri Pahang FC

Sri Pahang FC sah mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super.

Sebelum ini, ramai peminat bola sepak negara menjangkakan Sri Pahang akan kekal beraksi dalam Liga Super musim hadapan.

Ini selepas pengurusan kelab itu menerima Lesen Kebangsaan musim 2025/26 sekaligus melayakkan mereka beraksi dalam liga musim depan.

Meskipun begitu, ada pihak mengingatkan situasi Sri Pahang hampir sama dengan situasi PJ City FC. Meskipun mereka telah menerima lesen, PJ City kemudiannya menarik diri untuk kempen liga musim 2023.

Kini, Sri Pahang sah menarik diri daripada saingan Liga Super musim 2025/26. Perkara ini disahkan Malaysian Football League (MFL) menerusi satu kenyataan hari ini.

MFL memaklumkan pengurusan Tok Gajah telah menghantar surat pengesahan tidak bertanding kepada badan induk itu pada 16 Jun lalu.

Pengesahan ini menyaksikan hanya 13 pasukan yang akan bersaing dalam Liga Super musim 2025/26. Ini termasuk tiga pendatang baru liga iaitu Brunei DPMM, Melaka FC dan Imigresen FC.

Jadual perlawanan liga musim 2025/26 dijangka diumumkan dalam masa terdekat.