“Selamba Dia Bahan Lejen”, Hati Netizen Bergegar Layan Safee & Kecik
Hiburan
Safee Sali & Astro Gempak
Advertisements

Kelibat lagenda bola sepak negara, Safee Sali kembali menjadi bualan selepas melihat gelagat spontan yang ditampilkannya untuk menjawab soalan dari media.

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu akhirnya mengumumkan pesaraan pada usia 38 tahun dengan kali terakhir beraksi buat KL City.

Safee bagaimanapun mencuri gelagat penonton menerusi gelak ketawanya dengan karenah wartawan Astro Gempak yang dikenali sebagai kecik dengan mengajukan soalan-soalan hangat.

Advertisements

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Astro Gempak, detik yang membuatkan Safee pecah tawa dengan soalan yang diajukan.

“Abang Safee Sali, pemain Malaysia dululah.”

Advertisements

“Ya, memang pemain Malaysia dulu, bukan sekarang,” balas Safee.

Beliau ditanya mengenai keputusan memilih untuk menggantung but lebih awal, Safee mempunyai respon tersendiri.

Advertisements

“Jadi abang kenapa memilih untuk bersara awal, Ronaldo pun main lagi, abang dah tak power ke?,” ujar Kecik.

“Sebab saya ada plan lain, plan B,” jelas Safee sambil menahan sabar.

Advertisements

Safee kini merupakan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan terlibat dalam menjaga kebajikan pemain.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram