“Selangor Ada Misi Besar 10 Mei” – Faisal Halim
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim mahu merealisasikan misi besar Selangor FC pada 10 Mei ini.

10 Mei menyaksikan tirai Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 dibuka menerusi perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Merah Kuning turun dengan reputasi sebagai naib juara Liga Super musim 2023. Sementara Harimau Selatan turun dengan status pasukan pilihan selepas menggondol empat kejuaraan termasuk Liga Super musim 2023.

Advertisements

Faisal mengakui JDT memiliki kelebihan berbanding Selangor dalam aksi Piala Sumbangsih. Pada masa sama, itu juga satu cabaran yang patut disahut barisan pemain Merah Kuning.

Ini kerana tidak kira keputusan sama ada menang atau kalah, barisan pemain Selangor perlu menunjukkan mutu permainan terbaik demi kelab dan penyokong.

Advertisements

“Kita ada misi yang mencabar pada 10 Mei, Piala Sumbangsih dengan Johor (Darul Ta’zim FC (JDT FC)). Kita tahu ini sukar tetapi kita sebagai pemain akan beri yang terbaik, buat yang terbaik demi pasukan dan kelab kita sendiri.

“Saya berharap  begitu juga dengan mentaliti pemain-pemain lain, rakan-rakan saya sama seperti saya dengan mentaliti pejuang. Menang kalah itu adat bertanding tapi kita kalau boleh menang atau kalah dengan bermaruah.

Advertisements

“Bukan pergi dengan sambil lewa, pergi dengan sikap yang kurang menyenangkan orang lain. Saya harap semua pemain lain dan rakan saya dapat beri yang terbaik  pada 10 haribulan.

“Kita tak nak fokus kepada 10 Mei sahaja, kita nak fokus satu musim sampai musim habis,” katanya kepada MakanBola dalam Majlis Rumah Terbuka 4ward Entertainment Sdn. Bhd di Le Meridien Kuala Lumpur semalam.

Advertisements

Piala Sumbangsih bakal berlangsung pada 10 Mei ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

JDT menggondol trofi Piala Sumbangsih pada musim 2023 selepas mengatasi cabaran pasukan Pantai Timur, Terengganu 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram