Selangor Kini Bagaikan Pedang Yang Tajam Tanpa Perisai
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Saingan Liga Super semakin hampir ke penghujung saingan dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini hanya memerlukan dua kemenangan lagi untuk terus mengekalkan kejuaraan liga buat kali kesembilan berturut-turut.

Namun disebalik konsistensi yang ditampilkan JDT, antara pasukan lain yang sentiasa menjadi perhatian ramai dalam saingan Liga Super musim ini sudah tentunya pasukan yang sarat dengan sejarah kejayaan iaitu Selangor FC.

Musim ini bukanlah musim yang terbaik buat Selangor. Di dalam carta Liga Super musim ini, Selangor berada di tangga ke-8 dengan mengumpul 20 mata selepas 18 perlawanan yang diharungi.

Advertisements

Pasukan yang dikenali dengan gelaran Gergasi Merah itu seperti tiada masalah yang besar di bahagian serangan selepas penyerang mereka Herlison Caion kini merupakan antara penjaring gol terbanyak di Liga Super dengan 13 gol. Namun masalah terbesar Selangor adalah di bahagian pertahanan.

Secara keseluruhan, Selangor telah menjaringkan 31 gol di Liga Super di mana jumlah jaringan tersebut adalah merupakan yang kedua terbanyak selepas JDT. Namun begitu, mereka dibolosi 32 jaringan yang mana ianya merupakan bolos ketiga tertinggi selepas pasukan Sarawak United dan Penang FC yang menghuni dua tangga tercorot liga.

Di sini jelas sekali kelihatan bahawa Selangor turun ke padang bersama ‘pedang yang tajam’ untuk merobek gawang lawan namun mereka lalai kerana mereka turun tanpa ‘perisai’ untuk mempertahankan gol daripada dibolosi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram