Advertisement
Selangor Buru Penyerang Muda Berbakat Jepun
Transfer
MakanBola
Singapore Premier League

Pasukan Selangor kini sedang memburu seorang bakat muda dari Jepun yang beraksi di Liga Premier Singapura.

Pemain yang sedang berada dalam radar Selangor itu ialah penyerang pasukan Albirex Niigata, Seia Kunori. Baru mencecah usia 22 tahun, prestasi memukau yang ditampilkan Seia telah mengangkat pemain muda itu sebagai Pemain Muda Terbaik Liga Singapura untuk musim 2023.

Menurut perkongsian daripada wartawan The Star, T Avineshwaran di laman X, Selangor berminat untuk membawa masuk pemain itu ke Liga Malaysia pada musim depan.

Untuk rekod, selepas 23 penampilan bersama Albirex Niigata dalam saingan Liga Premier Singapura, Seia telah berjaya menjaringkan 21 gol dan mencipta 10 bantuan jaringan buat pasukan. Dalam kempen Piala Singapura, beliau turut mencatat dua jaringan bersama pasukan.

Dalam saingan Liga Premier Singapura 2023, Albirex Niigata menamatkan saingan di kedudukan ke-10 dalam liga.