Advertising
Selangor Diikat Hebat Pasukan Divisyen 2 Thailand, Ayutthaya United
Asia Tenggara
MakanBola
Selangor FC

Usaha Selangor FC untuk merekodkan kemenangan kedua dalam kempen pra-musim di Thailand tidak kesampaian.

Ini selepas barisan Merah Kuning yang dibimbing jurulatih interim, Nidzam Jamil hanya merekodkan keputusan seri 1-1 dengan kelab Thai League 2, Ayutthaya United.

Ad

Keputusan perlawanan ini dikongsikan oleh Ayutthaya United menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka baru-baru ini.

Ad

Meskipun menurunkan barisan pemain utama seperti Ronnie Fernandez, Noor Al-Rawabdeh dan Yohandry Orozco, Selangor tidak berupaya merobek gawang Ayutthaya untuk mendapatkan jaringan tambahan.

Selangor kini telah pulang ke tanah air pada Khamis lepas bagi meneruskan kempen pra-musim di Malaysia. Pengurusan Selangor melihat pra-musim di Thailand memberi manfaat kepada pasukan.

Ad

“Ini satu perkara yang menggembirakan, Bangkok! Sehingga kita berjumpa lagi.

Ad

“Kita harap apa yang kita belajar dan rasai pengalaman bersama sepanjang pra-musim ini akan menjadikan kita lebih rapat sebagai satu pasukan dan memberi manfaat kepada kita untuk musim 2024/2025,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Ini turut memberi ruang kepada barisan pemain negara untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan yang bermula pada 8 Mac ini.

Ini membolehkan mereka melakukan persediaan untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac ini.